LEGASI YANG KUKUH BERMULA DENGAN PELAN PERLINDUNGAN YANG MENYELURUH
Peristiwa yang tidak menentu dalam kehidupan sering menjadi peringatan untuk sentiasa bersiap sedia. Mula merancang hari ini untuk masa depan yang lebih cerah buat anda dan orang tersayang dengan A-Life Legasi Beyond, pelan takaful berkaitan pelaburan dengan caruman berkala yang menyediakan sehingga 6 kali ganda jumlah perlindungan. Bukan itu sahaja, A-Life Legasi Beyond turut memberi ganjaran apabila anda kekal berdisiplin dari segi kewangan dengan Legasi Rewards dan Legasi Booster.
Tempoh pembayaran caruman dan perlindungan yang fleksibel dengan peluang pelaburan yang pelbagai untuk memenuhi keperluan kewangan anda.
Anda menentukan tempoh pembayaran caruman dan tempoh perlindungan anda.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menentukan bagaimana caruman anda dilaburkan. Anda boleh melabur dalam mana-mana Dana Pelaburan AIA PUBLIC Takaful yang tersedia bergantung pada keperluan pelaburan dan profil risiko anda dan mendapat akses kepada pasaran tempatan serta global dengan pelbagai kelas asset yang berbeza.